November 9, 2025

Editor UUM Pay-Net

UUM PayNet merupakan satu inisiatif strategik Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam merealisasikan visi Kampus Tanpa Tunai melalui penggunaan teknologi pembayaran digital. Dilancarkan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), UUM PayNet bertujuan mengintegrasikan sistem tanpa tunai dalam semua aspek operasi kampus, termasuk perniagaan, perkhidmatan, dan aktiviti harian warga kampus.